Kelas Masakan Nyonya Bersama Chef Florence Tan
7 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mac 2025 yang lalu, pihak NADI Mahir Masak telah mengadakan satu Kelas Masakan Nyonya Bersama Chef Florence Tan. Dalam kursus tersebut para peserta dapat belajar menyediakan hidangan autentik Baba Nyonya. Seterusnya, resepi yang dikongsikan beliau adalah resipi tradisional yang kaya dengan rasa dan warisan iaitu resipi ayam titik dan kuih gading galoh. Hidangan tersebut bukan sahaja enak tetapi juga penuh dengan sejarah dan cita rasa asli yang memikat selera. Dengan adanya kelas seperti berikut para peserta sangat seronok dan dapat mencuba resipi baru dari Chef Florence. Mereka berharap supaya kelas masakan Bersama Chef Florence ini diteruskan supaya dapat lebih banyak resipi-resipi tradisonal dan unik yang dapat dikongsikan bersama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: